Monday, April 2, 2007

REKABENTUK PENGAJARAN.

Pada 27.2. 2007 juga , saya telah mempelajari tentang rekabentuk pengajaran.

Rekabentuk pengajaran adalah satu proses sistematik yang mana elemen-elemen seperti guru, pelajar, media, bahan pengajaran dan persekitaran pembelajaran diberikan penekanan dan peranan tertentu.

Rekabentuk pengajaran ini adalah penting untuk :
a) menambahkan kecekapan
b) menambahkan keberkesanan
c) memastikan pelajar berminat mempelajari pelajaran yang disampaikan
d) memastikan proses pembelajaran dan pengajaran dilakukan secara kos efektif
e) memastikan kandungan pembelajaran menepati objektif yang diingini
f) memastikan pembelajaran boleh diaplikasikan kepada semua senario yang berpadanan

Terdapat dua model pengajaran iaitu ADDIE dan ASSURE.

Setiap model ini ada lima langkah umum iaitu :-

1) Analisis
  • tentukan matlamat atau objektif pengajaran dan pembelajaran yang hendak dicapai.
  • Objektif ialah terdiri daripada :-

A = Audience

B = Behavior

C = Conditions

D = Degree

2) Rekabentuk - Aspek motivasi ARCS

  • Attention - untuk menarik perhatian pengguna terhadap apa yang dipersembahkan
  • Relevance - Perkaitan antara bahan dan pengajaran dengan matlamat dan objektif
  • Confidence - melalui peringkat dan tahap-tahap kesukaran dari mudah kepada sukar bagi memberi keyakinan terhadap pengguna atau pelajar untuk meneruskan pembelajaran
  • Satisfaction - memberi ganjaran atau pujian terhadap apa yang telah dibuat dalam latihan sebagai memberi kepuasan kepada pengguna.

3) Pembangunan - penyediaan bahan pengajaran seperti secara berperingkat, penggunaan carta alir dan papan cerita.

4) Pelaksanaan

No comments: