Pada 13 .2.2007, saya telah mempelajari tentang pengurusan makmal komputer. Pengurusan makmal komputer adalah seperti aspek keselamatan komputer, cara susun atur di dalam makmal komputer dan aktiviti yang boleh dijalankan di dalam makmal.
Antara aspek keselamatan komputer ialah :
1) Pastikan komputer tidak berada di dalam suhu yang terlalu panas.
2) Guna "stabilizer" supaya voltan elektrik terkawal.
3) Elakkan komputer terhantuk, tergegar dengan kuat dan terjatuh.
4) Tutup komputer dan peranti unit dengan lapisan plastik
5) Jangan letak komputer di dalam boot kereta.
6) Tanggalkan "plug" daripada soket elektrik
7) Biarkan sistem unit sejuk sebelum membaik pulih komputer.
Kesemua aspek-aspek keselamatan komputer ini adalah perlu untuk memastikan komputer tahan lebih lama dan selamat digunakan.
Antara aktiviti yang boleh dijalankan di dalam makmal komputer ialah :
1) aktiviti bercerita secara online
- terdapat banyak cerita yang boleh dibaca oleh guru dan melibatkan pelajar secara aktif di mana pelajar dimestiakn meggunakan papan kekunci, tetikus sebelum mula bercerita.
- laman web yang boleh digunakan ialan seperti http://www.bbc.co/cheebies/storycircle/ dan http://www.bbc.co.uk/cheebies/jackonary/creat/picture_story.html/
2)menyanyi
- pelajar boleh belajar secara aktif melalui pembacaan lirik-lirik lagu di samping mendengar, melihat paparan-paparan yang menarik seperti lagu Old Mcdonalds.
No comments:
Post a Comment